judul blog

Gudang Data Notes dan SS Facebookers Syiah Berikut Beberapa Tulisan Penting Seputar Syiah

Rabu, 12 September 2012

FITNAH NASHIBI (wahabi) MENGENAI 70.000 YAHUDI DARI ISFAHAN

oleh Jjihad 'Ali pada 28 Agustus 2012 pukul 0:59 ·

Inilah kebohongan kaum Wahabi yang telah menggambarkan seolah-olah 70,000 Yahudi yang akan keluar dari Isfahan membantu Dajjal adalah golongan Syiah. Mereka para Nashibi (Wahabi) begitu memaksanya (meskipun bertentangan dengan akal manusia normal) bahwa Yahudi tersebut adalah ulama Syiah.

Hadits ini diambil dari kitab Shahih Muslim:

124 – ( 2944 ) حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحاق بن عبدالله عن عمه أنس بن مالك
: أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة - ش ( الطيالسة ) جمع طيلسان والطيلسان أعجمي معرب قال في معيار اللغة ثوب يلبس على الكتف يحيط بالبدن ينسج للبس خال من التفصيل والخياطة

Rasulullah saww bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah.”

Pada kitab Shahih Muslim setelah meriwayatkan matan hadits tersebut dan memberikan keterangan mengenai makna Tayalisah, yakni selendang Yahudi yang tidak memiliki jahitan yang digunakan di bahu.

Sedangkan tafsiran Wahabi secara jahat menyelewengkan terjemahannya sebagai berikut: “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai (jubah) al-Tayalisah (Persian shawls – jubah orang-orang Parsi (Syiah hari ini) yang tidak berjahit), .”

Hadis ini cukup membuat Wahabi merasa senang. Seperti biasa mereka menggunakannya untuk merusak nama baik Iran/Persia sekaligus menenggelamkan kebenaran dan memunculkan kesesatan mereka. Sekarang kita tanya pada sekte sesat tersebut (Wahabi) pada kamus apa Al-Tayalisah (Selendang) diartikan Jubah yang dipakai oleh para ulama syi’ah ?

Tayalisah atau Shawl adalah selendang, bukan jubah seperti fitnah yang dilontarkan oleh para Wahabi. Sementara itu bahasa Parsi selendang adalah Shāl. Adapun jubah dalam bahasa Parsi dipanggil ‘Abā’a (عبا) (Bahasa Inggris: Cloak).

Rujukan kamus Parsi Online:
- http://math.columbia.edu/~safari/masood/cgi-bin

Berdasarkan keterangan dalam Shahih Muslim, Tayalisah adalah selendang yang tidak memiliki jahitan. Setiap orang yang jujur pasti akan mengatakan bahwa jubah yang dipakai oleh ulama Syiah di Iran itu pasti memiliki jahitan.


Apakah itu Tayalisah?

Kain yang dipakai di kepala atau di tengkuk ini dipanggil juga sebagai “طاليت”, iaitu selendang sembahyang. Kebiasaannya ia bewarna putih dan berbelang biru. Tidak ada siapa pun yang melihat Syiah di Iran memakai Tayalisah, bahkan Yahudi yang tinggal di Isfahan pun tidak memakainya.

Inilah yang dimaksud Tayalisah yang oleh orang Yahudi disebut Tallit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrrMKNmYHK0c_2HCWow7R56ez2OipR0fClKPXLEIXFsTT3YBpUlDbRq1qOm97ayKGtX5FTsl1Q9bBKGS9vtOTlPHHzBX9oVnWEn1umhvNkNi4cgi0E3YCk6AKy5xryiYZPEUR0NfDnhv_e/s1600/tallit-men.jpg


Hijrahnya 70,000 Yahudi ke Negara Israel

Terdapat dua pemimpin Israel yang lahir di Iran. Diantaranya Moshe Katsav Presiden ke delapan negara Israel, dilahirkan di Musa Qasab, Yazd, pada 5 Disember 1945. Beliau dibawa oleh keluarganya ke Israel pada bulan Jun 1951 ketika berusia 5 tahun.

Seorang lagi adalah Leftenan General Shaul Mofaz dilahirkan pada 4 November 1948 di Tehran ayahnya berasal dari Isfahan yang kemudian hijrah ke Israel pada tahun 1957.

Statistik sejarah menyatakan bahwa Yahudi dari Iran sudah berhijrah ke Israel sejak zaman diktator Syah.
Silahkan baca:

- Harrison, Frances (September 22, 2006). “Iran’s proud but discreet Jews”. BBC News.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/5367892.stm. Retrieved May 22, 2010

“Iran Jewish leader calls recent mass aliyah ‘misinformation’ bid”.

- http://www.haaretz.com/hasen/spages/938673.html.

“Iran Jewish MP criticizes ‘anti-human’ Israel acts”. Ynet. 5.7.2008.

- http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3540651,00.html.

David Littman menyatakan hijrahnya Yahudi ke Israel berjumlah 70,000 orang (Littman 1979, hal. 5).

Catatan-catatan ini menggambarkan secara jelas bahwa 70,000 Yahudi yang telah hijrah ke Israel dari seluruh pelusuk Iran, bukan dari Isfahan semata-mata. Sekarang dapatlah kita memahami bahawa 70,000 Yahudi ini sudah pergi ke Israel.


SEDIKIT KETERANGAN AL-QUR’AN DAN NABI SAWW MENGENAI BANGSA PERSIA/IRAN


وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

“dan jika kamu berpaling, niscaya dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu” – Surah Muhammad ayat 38

Dalam tafsir Durrul Manthur:

قيل : من هؤلاء وسلمان رضي الله عنه إلى جنب النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال : » هم الفرس وهذا وقومه

Rasulullah ditanya siapakah mereka itu? ketika itu Salman (ra) berada disamping Rasulullah, maka baginda bersabda: “Mereka adalah Parsi, dan dia (Salman) dan kaumnya.”

Dalam Musnad ibnu Hanbal Salman al-Farisi mengatakan beliau ialah orang Parsi warga Isfahan. Jalaluddin As-Sayuthi membawa satu lagi hadis yang berkaitan dengan ayat tersebut:

هذا وقومه والذي نفسي بيده لو كان الإِيمان منوطاً بالثريا لتناوله رجال من فارس

“Dia dan kaumnya, demi jiwaku di tangan-Nya, jikalau iman itu terletak di bintang Sturayya, niscaya akan dicapai oleh pemuda-pemuda dari Parsi.”

– Tafsir surah Muhammad ayat 38 oleh Jalaluddin al-Suyuthi

وَآَخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana”

Jalaludin as-Suyuhti menerangkan

قال ، له رجل : يا رسول الله من هؤلاء الذين لم يلحقوا بنا؟ فوضع يده على رأس سلمان الفارسي وقال : » والذي نفسي بيده لو كان الإِيمان بالثريا لناله رجال من هؤلاء

“Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang belum berhubungan dengan kami? Maka baginda meletakkan tangan di atas kepala Salman al-Farisi dan berkata: Demi jiwaku ditanganNya, jika iman itu terletak dibintang Suriya, niscaya akan dicapai oleh lelaki-lelaki dari mereka.”

Kesimpulannya Wahabi memanipulasi Hadis Nabi untuk menipu umat Islam yang cetek pengetahuan agama agar mereka menjauhi dan membenci Syiah.


Thanks to Pencinta Ahlul-bait Utara
Allahumma shalli ala Muhammad wa Aali Muhammad

2 komentar:

Allah